Assalamualaikum WBT.Saya tidak mahu bercerita panjang.Berikut merupakan antara intipati Khutbah Jumaat di Masjid Sultan Badlishah UUM hari.Secara kasarnya khutbah hari ini menekankan tentang peri pentingnya menuntut ilmu bagi seorang manusia.Diharapkan bermanfaat untuk kita semua.
10 Kelebihan Ilmu Berbanding Harta:
1-Ilmu itu lebih baik berbanding harta kerana ilmu merupakan pusaka peninggalan para anbiya' manakala harta pula merupakan remnant dari musuh-musuh Allah seperti Firaun dan Qarun.
2-Ilmu itu lebih baik berbanding harta kerana ilmu tidak perlu dijaga malah menjaga orang yang memilikinya sebaliknya harta perlu dijaga oleh tuan yang memilikinya.
3-Dengan ilmu seseorang itu akan mempunyai lebih banyak kawan/sahabat sebaliknya dengan harta seseorang itu lebih cenderung untuk mempunyai lebih banyak musuh.
4-Ilmu jika dikongsikan/diberikan kepada orang lain ianya tidak akan berkurang malah akan bertambah sebaliknya jika harta diberikan kepada orang lain nescaya akan berkuranglah ia.
5-Ilmu diyakini mampu menjadikan seseorang itu berperibadi mulia/berakhlak baik sementara harta pula kemungkinan menjadikan seseorang itu bakhil,bongkak dan zalim.
6-Ilmu tidak perlu dijaga keselamatannya dari pencuri sebaliknya harta perlu dijaga dari pencuri.
7-Ilmu akan memberi syafaat kepada orang yang memilikinya diakhirat kelak sebaliknya orang yang berharta akan diminta pertanggungjawaban diakhirat kelak diatas harta kepunyaannya.
8-Ilmu tidak akan rosak /binasa walaupun dibiarkan lama sebaliknya harta akan menjadi usang dan berkarat jika dibiarkan dalam keadaan yang lama.
9-Ilmu yang banyak akan menjadikan seseorang individu itu bersifat tawadduk/rendah hati manakala harta yang banyak akan mewujudkan individu yang keras hatinya.
10-Ilmu akan mewujudkan sifat kehambaan kepada pemiliknya manakala harta akan melalaikan pemiliknya dari perintah-perintah ALLAH SWT.
Semoga perkongsian ini berguna kepada kita semua.Dan semoga dengan perkongsian ini dapat menjadi penebus kepada dosa-dosa silam saya.InsyALLAH.AMIN